Preikestolen Cliff : Tebing Tinggi Tarikkan Pelancong Ke Norway - Terowong Informasi

Breaking News

Preikestolen Cliff : Tebing Tinggi Tarikkan Pelancong Ke Norway


Preikestolen Cliff adalah tebing batuan setinggi 604 meter yang menjadi daya tarikkan di Norway. Permukaan atas batuan ini adalah hampir rata dan setiap tahun, seramai 150 000 hingga 200 000 orang datang ke sini untuk melihat puncak tebing batuan ini.

Jika anda mahu ke tempat ini, anda perlu mendaki tebing ini terlebih dahulu sebelum sampai ke destinasi ini. Pendakian ini perlu dilakukan sejauh 3.8 kilometer untuk sampai ke puncak tebing. Preikestolen Cliff terbentuk secara semulajadi sekitar 10 000 tahun dahulu. Sekitar tebing ini, ia sistem keselamatan dipasang kerana kerajaan Norway tidak mahu menjejaskan ekosistem tebing ini.

Walaupun tiada sistem keselamatan, tiada sebarang rekod kes kematian pada tebing ini tetapi terdapat 1 kes bunuh diri yang melibat sepasang kekasih yang tekad bunuh diri bersama-sama. Pada sekitar 2004, ada juga pasangan kekasih dari Jerman mahu bunuh diri tetapi telah ditahan sebelum sampai ke puncak tebing tersebut. Di bawah ini, anda boleh lihat video bagaimana lokasi ini :

1 comment

yayahnasake said...

JOM BANTU MEREKA N KALO SUDI SEBAR-SEBARKANLAH IA

http://yayahnasake.blogspot.com/2012/10/jom-kita-bantu-mereka-rakan-rakan.html