T-Bike : Basikal Layan Diri Di Seoul - Terowong Informasi

Breaking News

T-Bike : Basikal Layan Diri Di Seoul


Satu ilham telah dicipta oleh Jung Tak untuk mengatasi kesesakkan untuk meletak kenderaan seperti kereta. Beliau telah mencipta sistem basikal layan diri pertama dunia. Ianya hanya di Seoul, Korea Selatan. Sistem ini untuk membendung kepadatan dan kekurangan tempat letak kereta di bandar.


Ia sama seperti di Kuala Lumpur di mana, pengguna kenderaan sukar mendapat tempat letak kereta di sini. Dengan kewujudan sistem basikal layan diri, ia dapat mengatasinya. Ia dinamakan T-Bike. Anda hanya perlu  menyemak basikal di telefon pintar anda dan boleh terus disewa. Proses penghantaran akan dibuat terus kepada anda dengan pantas. 

Jika anda mahu memulangkannya kembali, anda boleh periksa di telefon pintar anda di mana stesen terdekat untuk pemulangan ini. Ia memang sistem yang bagus kerana dengan penggunaan basikal, kita dapat mengawal pencemaran udara di kawasan bandar. Tapi, bolehkah ia dilakukan di bandar Kuala Lumpur? Pada pendapat Bro Nasa, ia sukar untuk buat kerana banyak kaki rembat. Jika masyarakat kita berdisiplin, pasti ia boleh dibuat. Pasti seronok ke bandar dengan hanya menaiki basikal. Betul tak?



No comments