Terjunan Bebas Yang Hampir Dengan Kelajuan Bunyi Akan Dicipta - Terowong Informasi

Breaking News

Terjunan Bebas Yang Hampir Dengan Kelajuan Bunyi Akan Dicipta


Felix Baumgartner, lelaki yang berasal dari Austria akan mencipta kejutan dalam sejarah peradapan manusia pada isnin hadapan. Terjunan yang beliau lakukan adalah sejauh 37 kilometer dari atas udara yang hampir dengan ruangan angkasa lepas.

Terjunan ini akan memberi risiko yang amat tinggi dan boleh melibatkan nyawa penerjun tersebut dalam misi beliau ini. Dalam terjunan ini, beliau akan memakai sut yang tahan lasak dan mampu menahan tekanan angin yang kuat kerana terjunan ini difahamkan sama seperti bunyi kelajuan bunyi. Terjunan tersebut akan mendapat bacaan kelajuan sebanyak 1,236 km/j. Sebelum misi beliau terlaksana, beliau telah mengadakan beberapa sesi ujian untuk memastikan tidak mengalami apa-apa masalah. Untuk sampai ke udara sejauh 37 kilometer itu, beliau perlu menaiki belon udara yang mengandungi helium didalamnya.


Percubaan itu mempunyai banyak risiko, termasuk pembentukan buih dalam aliran darah yang boleh membawa maut dan darah beku pada otak. Ketua penasihat perubatannya ialah bekas pakar bedah penerbangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan. Jika anda mahu melakukan rekod dunia, adakah anda akan mengorbankan nyawa anda untuk mencipta satu rekod? Jika ada sebarang komen, boleh komen di bawah ini.

No comments