Harimau Malaya Mula Mengaum
Juara AFF Suzuki Cup 2010, Malaysia mula mengaum kembali setelah kalah di permulaan perlawanan menentang Singapura pada tempoh hari. Harimau Malaya mula mengaum kembali setelah menang ke atas pasukan Laos dengan jaringan Malaysia 4-1 Laos.
Pada babak pertama perlawanan Malaysia agak kurang bertenaga tetapi pada babak perlawanan kedua, Harimau Malaya mula membuat serangan padu. Jaringan skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Shafiq Rahim, Safee Sali, Khyril Muhymeen, dan Wan Zack Haikal. Pada perlawanan ini, Wan Zack Haikal lebih menonjol berbanding pemain sayap kiri iaitu S.Kunanlan.
Selepas ini, Harimau Malaya akan berdepan dengan skuad Indonesia. Perlawanan menentang Indonesia, skuad harimau Malaya perlu menang dan jika tidak, Singapura akan layak ke peringkat seterusnya. Apa-apapun, nantikan Harimau Malaya menentang Skuad Garuda Indonesia di Stadium Bukit Jalil pada 1 Desember 2012.
No comments
Post a Comment