Inikah Jersey Johor Musim 2013 - Terowong Informasi

Breaking News

Inikah Jersey Johor Musim 2013


Sekarang, hangat menceritakan perkembangan liga Malaysia pada musim 2013. Setiap pasukan mencari pemain berkualiti untuk mengharungi liga Malaysia 2013 nanti. Yang paling menonjol adalah skuad Johor. Skuad bola sepak Johor telah diambil alih oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dengan dana yang cukup kuat, skuad Johor mula mengorak langkah ingin menjadi pasukan bola sepak yang digeruni seperti pada era 90an dahulu. Sekarang, skuad jolokan harimau selatan ini berhempas pulas mencari dan mengambil pemain berkualiti malah bertaraf bintang seperti Daniel González Güiza.


Di atas ini pula, telah tersebar yang mengatakan ia adalah jersey terbaru untuk skuad Johor pada musim 2013 nanti. Jersey yang berjalur merah putih ini adalah keluaran Nike dan tajaan Legoland dan Al-Ikhsan menghiasi jersey skuad harimau selatan ini. Jika benar ia adalah jersey sebenar, ia sangat cantik pada pandangan Bro Nasa. Apa pandangan anda mengenai jersey ini? Menarik ke tidak?

No comments