CataCoffin - Keranda Yang Dilengkapi Sistem Audio - Terowong Informasi

Breaking News

CataCoffin - Keranda Yang Dilengkapi Sistem Audio

Keranda selalunya digunakan untuk orang yang mati. Keranda ini biasa dijual memang begitu mahal kerana ikut pada kualiti kayu yang digunakan. Selalu yang kita lihat di Malaysia, masyarakat cina sahaja yang menggunakan keranda ini berbanding kaum lain.

Terdapat satu keranda yang lain dan boleh dikategorikan keranda tak masuk akal kerana keranda ini mempunyai sistem audio dan batu nisannya mempunyai LCD Screen sesentuh yang dilengkapi internet. Pelik bukan keranda ini. Orang dah mati, boleh ke mereka gunakan di alam barzakh? Pada batu nisan tersebut akan terpapar playlist lagu dari iTune di internet. Pilih lagunya yang anda mahukan, dan ia akan berkumandang di dalam keranda di bawah tanah nanti. Keranda ini difahamkan bernilai RM107 800. Mari lihat sedutan mengenai CataCoffin ini :

2 comments

ieza ashaari said...

jgn tetiba ada bacaan talkin plak.. macam2 r..

Terowong Informasi said...

bagus gak..xpon layankan lagu nasyid kat dalam tu..hahah