Kamera AES Di Sembur Cat Merah - Terowong Informasi

Breaking News

Kamera AES Di Sembur Cat Merah

Gambar di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban

Semalam, Bro Nasa melalui lebuhraya SKVE untuk ke Bangi untuk membeli barang keperluan anak. Semasa dalam perjalanan dan tiba kawasan kamera AES, Bro Nasa terasa pelik pula. Ada kereta laju tapi gambarnya tidak diambil. Bila mendekati kamera terbabit menunjukkan bahawa kamera AES tersebut telah disembur cat merah sebagai simbol protes terhadap sistem ini.

Gambar di Lebuhraya SKVE

Gambar ini Bro Nasa ambil di satu blog kerana Bro Nasa tidak sempat ambil gambar ketika itu. Bila anda menggunakan perisian AES Detector di Android, ia menunjukkan kamera terbabit beroperasi seperti biasa tetapi "buta" kerana dek cat merah tersebut. Siapa punya kerja ini? Bukan setakat di Lebuhraya SKVE sahaja malah di lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban juga mengalami perkara sama juga. Ramai betul orang membangkang sisitem ini dari menyokongnya. Pada anda, anda menyokong atau membangkang dengan adanya sistem ini?

6 comments

Dőn Čhorleonê said...

nak bubuh boleh tp bior le ikut mcm kat UK tu diorang letak kat kawasan hospital, sekolah, dan tempat2 awam yg lain bukannya bubuh dekat highway ape daaa

Anum said...

macam2 cara ek

Unknown said...

bakar jer teros

Terowong Informasi said...

hahaha..bakor?

Anonymous said...

btul klu nk psg ..psgla kat kwsn sekolh ke..dkat ngn hospital ke..ni kat hgway..org gn hgwy nk smpai cpt k dstinasi..

Anonymous said...

btul klu nk psg ..psgla kat kwsn sekolh ke..dkat ngn hospital ke..ni kat hgway..org gn hgwy nk smpai cpt k dstinasi..