Misteri Crop Circle Dalam Dasar Laut Jepun - Terowong Informasi

Breaking News

Misteri Crop Circle Dalam Dasar Laut Jepun


Crop Circle selalunya dikaitkan dengan alien oleh orang barat. Anda jangan percaya mengenai kepercayaan orang barat ini kerana ianya semua mengarut. Di bumi, sebanyak 70% dilitupi oleh air. Banyak lokasi di dasar laut yang manusia belum diterokai.

Baru-baru ini, seorang jurugambar dari Jepun telah menyelongkar satu misteri di dalam laut. Misteri tersebut adalah mengenai Crop Circle. Jurugambar tersebut bernama Yoji Ookata yang menemui misteri ini di dasar laut yang berkedalaman 80 kaki. Formasi Crop Circle dasar laut ini membentuk sehingga mencapai saiz 6 kaki. Atas rasa ingin tahu yang tinggi, Ookata bersama pasukan krew TV NHK telah menyelam jauh ke bawah dasar laut bagi memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan fenomena misteri ini. 


Akhirnya, misteri Crop Circle ini telah berjaya di rungkai dan rupa-rupanya ia merupakan habitat Ikan Puffer semasa tibanya musim bertelur. Ikan Puffer jantan menghasilkan "tembok pasir" bagi menarik ikan puffer betina untuk bertelur di dalamnya. Ia merupakan sesuatu yang belum diketahui oleh manusia sebelum ini. Difahamkan, semakin kompleks rekaan Crop Circle yang di buat, semakin tinggilah kebarangkalian untuk ikan puffer betina bertelur di situ.