Circular Pedestrian Bridge : Jejantas Pejalan kaki Yang Unik Di China - Terowong Informasi

Breaking News

Circular Pedestrian Bridge : Jejantas Pejalan kaki Yang Unik Di China

Circular Pedestrian Bridge merupakan jejantas terbesar dunia dan merupakan teknologi pembinaan yang unik di China. Jejantas ini boleh memuaskan 15 orang sebaris dalam satu masa. Jejantas ini memang lebar habis malah sistem jejantas ini perlu dilakukan di Malaysia. Jejantas ini hanya terdapat di Lujiazui, Shanghai China.


Jejantas ini di bina untuk mengelakkan orang awam melintas di kawasan jalan raya yang sibuk. Dengan pembinaan jejantas ini, ia boleh mengelakkan kesesakkan lalu lintas ketika di waktu puncak. Jejantas ini juga mesra kepada warga tua kerana ia menyediakan Escalator untuk mereka mudah naiki jejantas. 


Jejantas seperti di Malaysia kurang mendapat sambutan kerana memerlukan pejalan kaki menaiki tangga. Walaupun Circular Pedestrian Bridge ini nampak canggih dari segi pembinaannya tetapi mungkin bermasalah jika di waktu hujan kerana ketiadaan bumbung. Walau apa pun, sistem ini masih boleh digunapakai dan perlu penambahbaikkannya lagi.

No comments