Permasalahan Domain Dot My Bro Nasa - Terowong Informasi

Breaking News

Permasalahan Domain Dot My Bro Nasa

Sekian lama Bro Nasa menyepikan diri dalam dunia blog, akhirnya kembali jua. Bro Nasa menyepikan diri bukan sebab Bro Nasa mahu berpencen dalam dunia blog tetapi masalah Screen laptop Bro Nasa ini. Ia tidak mahu menyala seperti sediakala. Ini pun, Bro Nasa jadi Macgyver untuk perbaiki laptop Bro Nasa ini.



Tadi, Bro Nasa cuba buka blog tetapi keluar masej "Blog Not Found" dan loading amat lambat. Biar betul blog tidak keluar apa-apa.  Rasa pelik makin menjadi-jadi dalam kepala ini. Kena godam ke apa? Rupanya, masalah domain Dot My yang Bro Nasa beli dari AsiaHost tidak berfungsi sediakala.

Puncanya Bro Nasa tidak pasti apakah ia. Nasib baik domain percuma. Tanpa membuang masa dan berfikiran panjang, Bro Nasa buang domain tersebut dan kembali ke domain Blogspot. Oh Blogspot, Bro Nasa tidak akan berpaling kepada domain lain. Bro Nasa akan kekal ke domain blogspot sahaja. Mudah dan tidak perlu fikir apa-apa. Akibat berpaling ke domain lain, Traffik blog ini jatuh mendadak seperti blog yang baru tumbuh di dalam dunia maya. Lepas ini, Bro Nasa kena naikkan semula nama blog ini.

3 comments

Unknown said...

sama masalah di sini juga...

Mrs Velentine said...

mcm mn nak tukar ke blogspot

Terowong Informasi said...

delete aje custon domain kat setting tu..dah settle..