Rakaman Ragut Di Shell Taman Sri Muda, Shah Alam - Terowong Informasi

Breaking News

Rakaman Ragut Di Shell Taman Sri Muda, Shah Alam

Kes ragut ini ada di mana sahaja. Jika anda leka dan cuai, pasti ada manusia jahat akan mengambil kesempatan terhadap anda. Jangan fikir sekarang anda berada di Pam Minyak, Mesin ATM atau sebagainya, anda selamat. Lihat rakaman CCTV di bawah ini, ianya berlaku di Shell Taman Seri Muda, Shah Alam. Apa yang dilihat, pemandu tersebut mungkin baru nak keluar kenderaan dan pintu tersebut terbuka luas, peragut tersebut melulu datang menyerang tanpa berfikir panjang. Dalam pergelutan tersebut, seorang yang memakai kemeja seperti Posman datang membantu mangsa manakala pemandu lori berdekatan hanya melihat sahaja. Jadi, anda perlu berhati-hati jika berada di mana sahaja. Jenayah tidak mengira tempat. Waspadalah.

3 comments

seharum kasturi said...

moral -> berhati - hati dengan penunggang motor yg berpasangan

Terowong Informasi said...

satu komen yang bernas..

Ayue Rejaluddin said...

Diorang ni nak senang cara tak elok je...
Bukan kira sesiapa atau kat mana dah kalau nak meragut.....
Salute dengan posmen tu...
Dia memang berani....