Segelintir Remaja Melayu Tidak Hormat Mualaf - Terowong Informasi

Breaking News

Segelintir Remaja Melayu Tidak Hormat Mualaf

Bro Nasa terkejut bila melihat satu gambar dari Facebook Adam Corrie yang menunjukkan ada segelintir remaja melayu yang tidak hormatkan beliau (Adam Corrie) sebagai mualaf. Ia memang TIDAK WAJAR dilakukan kepada beliau!! Bro Nasa pernah terserempak dengan beliau dan Bro Nasa tengok, beliau adalah insan yang baik dan peramah. Tidak sama seperti apa yang digambar oleh masyarakat atau dalam filem.


Kita umat islam dan seagama dengan beliau sepatutnya hormat kepada beliau. Tidak kira ia bangsa apa, warna kulit atau sebagainya. Lihat komen yang diajukan kepada Adam Corrie. Teruk bukan? Beliau (Adam Corrie) menganut islam bukan disebabkan harta, perkahwinan atau sebagainya malah beliau mengaku bahawa beliau memeluk islam kerana mencari pegangan hidup beliau. Kita orang melayu terutamanya malu dengan beliau kerana tidak mengikut sunnah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W iaitu hormat menghormati.


Islam tidak ada pun mengajar umatnya membidas atau memperkecilkan bangsa lain yang memeluk islam. Islam mengajar kita supaya memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada mualaf supaya mereka dapat panduan yang berguna. Mujur Adam Corrie bersifat profesional dan mempunyai sifat sabar yang tinggi. Walaupun hati beliau terguris, beliau tetap memaafkan kepada insan yang mengutuk beliau. Bro Nasa ingin memesan kepada Adam Corrie supaya sabar dan berdoa kepada Allah S.W.T semoga orang yang mengutuk itu menerima hidayah dariNya.

5 comments

Aku pengembara said...

Org2 yg mengutuk sebeginilah yg merosakkan agama.. Ksian ngn Adam Corie.. org nak cari redha Allah pun org masih beranggapan buruk..

Anonymous said...

Berserah diri kepada Allah bro Adam. Positifkan diri bro. Setiap kejadian ada hikmah yg kadangkala tak terjangkau oleh akal manusia. Jgn bersangka buruk pada manusia apatah lagi Allah. "O.f"

kucing comel said...

teruk kan? yang menghina tu melayu juga... mybe melayu dalam kad pengenalan je... entah sembayang langsung x pernah.. pandai pula hina orang lain? heran la.. org mcm ni pun ada kat dunia

- Admins Blog 3 Dalam 1

Terowong Informasi said...

Alhamdulillah...anda komen semua yang bagus dan bernas..

Unknown said...

itu laa yg Islam pun..cuma Islam pada IC bukan tunjuk sifat seorang yg beragama lgsug..sptutnya bersyukur dia dh masuk Islam, beri kata-kata smgat...Nie x, mgata lagi..yg mgata tu pn bukn Islam scukupnya pn..aishhhhh

Alhamdulillah, Allah dah buka pintu hati dia