Leonel Núñez : Penyerang Luar Biasa Johor Darul Takzim - Terowong Informasi

Breaking News

Leonel Núñez : Penyerang Luar Biasa Johor Darul Takzim

Pada minggu lepas semasa perlawanan suku akhir Piala FA antara Selangor VS Johor Darul Takzim, ramai peminat mula membuka mata dengan penyerang baru JDT ini iaitu Leonel Nunez yang berusia 29 tahun berasal dari Argentina. Kemunculan pertama Nunez ini pada mulanya dipandang ringan kerana susuk tubuhnya tidak menunjukkan ia penyerang berbisa tetapi dengan kemunculan pertama beliau, beliau menepis pandangan orang mengenai kebolehan beliau. Beliau tidak mahu menyamakan kebolehan beliau dengan Guiza kerana beliau ada cara tersendiri. Dalam aksi pertama beliau, beliau mampu menjaringkan goal 2 biji pada satu perlawanan.


Pada malam ini (19/4/2013), beliau menjadi penjaring tunggal perlawanan ketika menentang Pahang di Stadium Larkin, Johor. Lihat, baru dua penampilan sudah mampu menjaringkan 3 goal. Jarang penyerang import di Malaysia mampu melakukan seperti itu. Pada pandangan mata kasar Bro Nasa, pemain ini sebenarnya bijak mengatur permainan.


Taktikal dan hantaran yang di beri memang cukup baik walaupun fizikal beliau tidak nampak seperti atlet. Itu boleh diubah dan mungkin fitness coach akan bantu beliau mengurangkan berat badan bagi menjadikan beliau cerdas sepenuhnya. Kita lihat nanti perlawanan seterusnya, pasti aksi beliau menjadi perhatian lensa kamera. Dah macam jelmaan Ronaldo plak dia ini bukan? Apa pandangan anda mengenai pemain ini? Boleh komen di bawah ye.

Jaringan Nunez pada perlawanan pertama :

No comments