Safiq Rahim Akan Sertai Felda United? - Terowong Informasi

Breaking News

Safiq Rahim Akan Sertai Felda United?

Desas desus mengenai pemain tengah Johor Darul Takzim, Safiq Rahim akan ke Felda United semakin hangat diperkatakan. Menurut jurulatih Felda United, K. Devan, mereka tidak mahu menyembunyikan niat murni tersebut dan mengakui dalam usaha untuk membawa pulang semula ketua pasukan kebangsaan itu kembali ke Lembah Klang.


Kedua-dua individu ini pernah bergandingan bersama ketika Devan menjadi jurulatih manakala Safiq pula memainkan peranan penting dengan Selangor pada musim 2009, 2010 dan 2011. Sebelum ini, bekas pemain Johor Darul Takzim, Azmi Muslim telah pun menyertai Felda United. Kedua-dua pemain ini semasa di Johor Darul Takzim kurang konsisten prestasi mereka dan akibat kurang konsisten, mereka mula dipinggirkan oleh Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad. 


Berhijrah ke kelab lain bukan berertinya tidak bagus tetapi pemain tersebut perlu mendapatkan rentak semula bagi mereka berpeluang semula menyarung jersi kebangsaan nanti. Jika jadi Safiq Rahim ke Felda United, ia mungkin keputusan yang bijak sekali.


No comments