Kenapa Penyokong Johor Darul Takzim Menjadi Mangsa Keadaan? - Terowong Informasi

Breaking News

Kenapa Penyokong Johor Darul Takzim Menjadi Mangsa Keadaan?

Pada tahun 2013, era kegemilangan bola sepak Johor telah kembali atas bermulanya pengambil alihan pengurusi PBNJ baru iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail. TMJ bermula langkah pertama untuk melonjakkan kembali era kegemilangan bola sepak Johor dengan membeli pemain berstatus bintang seperti Daniel Guiza, Del Nero, Safiq Rahim, Safee Sali dan ramai pemain kebangsaan.



Itu mengenai pemain berstatus bintang. Bagi penyokong pula, ultras telah ditubuhkan untuk menyokong kuat pasukan Johor Darul Takzim di mana-mana saingan liga di Malaysia. Pada mulanya, ultras ini bermula dengan sekumpulan kecil sahaja tetapi dengan pengambil alihan TMJ untuk pasukan Johor, Ultras Johor yang digelar Boys Of Straits (B.O.S) telah menjadi sekumpulan yang besar. 




Boleh dikatakan lebih dari 100 orang menyertainya. Dengan menyanyikan lagu semangat untuk pasukan Johor Darul Takzim, ia memberi impak kepada pasukan lain dalam saingan liga Super 2013 untuk mengadakan Ultras sendiri bagi pasukan mereka. Setahu Bro Nasa, Ultras yang menonjol sebelum Ultras Johor adalah dari Ultras Selangor, Ultras Kedah, dan Negeri Sembilan walaupun ia hanya kumpulan yang tidak besar. Pada masa ini, pasukan mereka berada di kelas tersendiri iaitu pernah menjuarai liga Malaysia.



Pasukan Johor Darul Takzim atau dikenali dahulu iaitu Johor FC, mula mengorak langkah pada saingan Liga Super 2013 bagi mencabar pasukan lain. Dengan kelab yang mempunyai pemian berstatus bintang dan mempunyai kewangan yang kukuh, penyokong pasukan lain mula membuka mata dan mula cemburu dengan pasukan ini. Setiap kali perlawanan antara Johor Darul Takzim, pasti ada yang "sold out" apabila menentang pasukan elit dalam Liga Super 2013. 





Provokasi, cacian dan sebagainya mula dilemparkan kepada penyokong Johor Darul Takzim. Semua perkara ini anda akan dapat lihat sendiri di laman sosial seperti Facebook, Youtube, Blog dan sebagainya. Sebelum ini, tiada perkara seumpama ini berlaku kepada penyokong. Biasalah manusia, mana boleh nampak oarang lain senang bila melihat pasukan lain lebih dari pasukan mereka. 













Contohnya, lihatlah apa yang berlaku semalam di Kuantan, Pahang. Penyokong Johor Darul Takzim telah dijemput dengan dihujani batu akibat tidak berpuas hati dengan kelibat penyokong Johor. Perlu ke sambut seperti ini? 




Kita sesama bangsa dan agama patut hormat menghormati antara satu sama lain. Sukan dibuat untuk perpaduan dan bukannya memusnahkan perpaduan antara umat manusia. Agama kita sendiri tidak mengajar kita menyambut tetamu dengan keganasan malah membenci keganasan. Fikir-fikirlah kepada semua penyokong diluar sana. Usah bergaduh kerana dek sebiji bola. Ia cuma permainan dunia sahaja. Fikir-fikirkanlah. Jika ada pembaca yang terasa kurang senang dengan artikel ini, harap maaf.

No comments