Alvin Tan Dan Vivian Lee Dibenar Ikat Jamin
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee untuk diikat jamin dan Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan RM30,000 dengan dua penjamin bagi setiap tertuduh berserta tiga syarat tambahan.
Kedua-dua mereka dihalang menggunakan sebarang peranti komunikasi yang boleh mengakses Internet termasuk telefon pintar, dilarang memuat naik sebarang artikel atau gambar yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum, serta pasport mereka perlu diserahkan kepada mahkamah.
Sumber : Harian Metro
No comments
Post a Comment