Pencarian 10 Bloglist Pilihan Bro Nasa - Terowong Informasi

Breaking News

Pencarian 10 Bloglist Pilihan Bro Nasa

Dah lama rasanya Bro tidak buat pencarian Bloglist di dalam blog ini. Dulu rajinlah buat. Jika anda masih ingat pencarian 30 bloglist terpantas, itulah segmen yang Bro buat dahulu. Tak percaya, cuba google dahulu. Ok, hari ini bro nak buat Pencarian 10 Bloglist Pilihan Bro Nasa. Anda tidak perlu risau, ianya segmen free. Apa yang anda perlu lakukan adalah :


  1. Buat satu artikel menarik bagaimana anda terjebak dalam dunia Blogging ini. Ceritalah sejarah blog, terciptanya nama blog anda itu dan sebagainya.
  2. Tajuk artikel mestilah tulis : Pencarian 10 Bloglist Pilihan Bro Nasa.
  3. Ambil gambar di atas ini sebagai Gambar Utama dalam Artikel anda itu. Ianya wajib.
  4. Bila dah selesai, hantar link anda ke ruangan komen di artikel ini.
Itu adalah syarat jika anda ingin join. Pemilihan bloglist ini akan dilakukan seperti ini :
  1. Hanya 5 blog lelaki dan 5 blog wanita sahaja akan dipilih.
  2. Artikel yang menarik dan kreatif akan dipilih untuk diletakkan ke dalam bloglist blog ini.
  3. Pastikan blog anda tiada serangan malware ye.
Berminat? Apa lagi, cepat-cepat tulis dalam artikel anda. Tarikh tutup adalah 18hb Oktober 2013 (Jumaat).

No comments