Amaran Terakhir Dari TMJ - Terowong Informasi

Breaking News

Amaran Terakhir Dari TMJ

TMJ
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail menegaskan beliau akan meletak jawatan sebagai President Persatuan Bola Sepak Johor jika ada segelintir penyokong berdegil membakar suar / flare di dalam stadium. Perkara ini telah beberapa kali ditegur tetapi segelintir penyokong masih mengendahnya.

Larkin

Kenapa degil sangat? Ikutlah peraturan dan pesanan TMJ. Kata sayangkan TMJ, anda patut mengikut peraturan yang beliau berikan bukan mengendahkan. Jika kita berdisiplin, TMJ pasti senang hati dan usah risau didenda oleh FAM. Kita sendiri tahu bahawa FAM kerap kali mencari kesalahan dan mendenda persatuan yang tidak mengikut peraturan liga Malaysia.

No Flare

Kita perlu ubah cara lain untuk menceriakan liga Malaysia musim ini. Kita boleh gunakan mafla sebagai satu simbolik penyokong tegar Johor ataupun menggunakan bendera gergasi. Pasti ia unik. Jika mahu juga guna flare, gunalah diluar stadium. Tidak ada masalah kita buat diluar. Jangan disebabkan kesalahan kecil, PBNJ didenda akibat penykongnya sendiri.

Ultras Malaya

Denda bukan murah tetapi mahal. Lebih baik duit denda itu kita gunakan untuk pembangunan bola sepak negeri Johor dan negara juga. Apa kata anda semua penyokong Johor tunjukkan kepada TMJ semasa perlawanan esok menentang pasukan kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya.

1 comment

Shafiq Hashim said...

Ingkar Arahan Betul..

shafiqhashim.blogspot.com