Farm In The City : Tempat Menarik yang Wajib Dikunjungi - Terowong Informasi

Breaking News

Farm In The City : Tempat Menarik yang Wajib Dikunjungi

Farm In The City

Semalam, Bro berkesempatan mengunjungi satu lokasi yang baru dan cukup menarik untuk dilawati iaitu di Farm In The City, Seri Kembangan Selangor. Ia merupakan Zoo mini yang hanya ada di Seri Kembangan, Selangor. Mengikut informasi yang Bro dapat semalam dari salah seorang pekerja di zoo tersebut, Farm In The City baru beroperasi pada tahun lepas iaitu pada 2013 yang terletak di Prima Tropicana, Belakang Gaints Seri kembangan.

Kaunter Bayaran

Jika anda ingin memasuki ke zoo ini, kadar bayaran dikenakan cukup murah dan berpatutan. Jika untuk dewasa, bayaran dikenakan adalah RM30.00 , manakala kanak-kanak RM25.00 dan warga emas RM25.00 bagi pemengang Mycard. Jika anda bukan warganegara Malaysia, bayarannya tidak sama seperti pemegang Mycard. Bagi dewasa adalah RM48.00, kanak-kanak RM38.00 dan warga emas RM38.00. Pekerja di zoo ini memang ramah habis dan sedia membantu anda bila-bila masa sahaja. Jadi, anda pasti tidak kekok bila di dalam zoo tersebut.

Farm In The City
Farm In The City

Konsep zoo yang diterapkan oleh pemilik Farm In The City ini adalah berkonsepkan zoo terbuka. Jadi, anda boleh memegang dan membelai haiwan di dalam dengan diawasi oleh pekerja zoo tersebut. Anda jangan risau, zoo ini tidak mempunyai haiwan liar seperti harimau, gajah, singa dan haiwan liar yang lain. Jika anda datang tepat pada waktunya, anda boleh melihat pertunjukkan burung kakak tua. Haiwan di sini memang jinak. Yang menariknya, anda boleh melihatnya dengan lebih dekat. Haiwan-haiwan di sana yang boleh anda jumpa adalah seperti rusa, kancil, kambing, itik, pelbagai spesis burung, Kanggaro, Labi-labi, kura-kura, arnab dan macam-macam lagi. Selain itu juga, anda boleh juga menunggang kuda.

Farm In The City
Farm In The City

Tahap kebersihan pada zoo ini memang ditahap terbaik pada pandangan Bro. Restoran dan cafe juga terdapat dalam zoo ini. jadi, jika anda kelaparan sewaktu bersiar-siar di dalam zoo tersebut, bolehlah singgah sebentar di cafe tersebut. Anak bro suka dengan keadaan zoo ini. Sambil melihat haiwan pertama beliau sambil itu juga beliau dapat belajar dan merasa haiwan dihadapannya. Pengalaman anak bro memberi makanan kepada haiwan cukup membuatkan beliau begitu teruja. Bro tidak sempat merakam video pada waktu ini tetapi gambar sudah membuktikan zoo ini cukup menarik.

Farm In The City
Farm In The City

Jadi, jika anda mempunyai kelapangan untuk mengunjungi Farm In The City ini, bro rekeman habis tempat ini. Tempat ini masih belum dikenali lagi tetapi sudah dikunjungi 7800 orang setakat ini. Sebelum balik, anda boleh mendapatkan cenderahati bagi buat kenang-kenangan.

Peta Lokasi :



Waktu Operasi :

Isnin : 10am till 6pm
Selasa : Tutup
Rabu - Jumaat : 10am hingga 6pm
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah / Public Holidays : 9.30am hingga 6pm

Video dari Seorang Pengunjung :

 

1 comment

mamapp said...

Wow menariknya.. mama pn nk bawa syafi gi sana esok..