Apa Muslihat MH370? - Terowong Informasi

Breaking News

Apa Muslihat MH370?

MH370
Hari ini, Bro terpanggil untuk menulis pendapat mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airline, MH370 yang nampak semakin buntu mencarinya. Saban hari, akhbar tempatan khususnya memaparkan berita utama mengenai kehilangan ini. Seluruh rakyat Malaysia malah satu dunia mahu ingin mengetahui perkembangan terkini MH370 tetapi masih menjadi tanda tanya.

MH370

Perbagai pendapat, sinopsis mengenai MH370 ini. Ada yang mengatakan ia berada di Diego Garcia, Maldives, dan pelbagai tempat lagi. Mereka mengetahui lokasi ini melalui Simulator pesawat milik Kapten Zahrie yang mereka ambil di rumah beliau. Adakah pihak berkuasa pergi ke lokasi tersebut? Kalau tidak silap Bro melalui berita dan akhbar tempatan, mereka masih mencari di lautan sahaja bukan di lokasi yang digembar-gemburkan itu. Tiada sebarang matlumat mengenai lokasi yang dicanang tersebut tetapi lebih kepada operasi di koridor utara dan koridor selatan sahaja malah ada yang mengatakan Kapten Zahrie suspek utama dalam kes ini. Itu yang dibaca dalam akhbar tempatan. Kesahihannya entah betul atau tidak, itu tidak pasti.

MH370

Pada pendapat Bro, pihak berkuasa pergi dahulu ke lokasi disyaki sebelum memberitahu ke pihak media. Jika mereka sudah ke lokasi tersebut tetapi tiada apa-apa yang dijumpai, barulah mereka boleh beritahu kepada pihak media. Mungkin dengan cara ini, ia dapat mengelakkan orang ramai terkeliru matlumat yang diterima.

MH370

Apa yang merungsing sekarang adalah, media tempatan dan media luar negara tidak sama informasinya. Apa motif sebenarnya? Mana satu yang betul? Adakah ia merupakan konspirasi atau sebaliknya? Itu Bro tak boleh katakan sebab bro cuba mengutarakan pendapat dan persoalan sahaja. Apa yang Bro harap, ke semua penumpang pesawat tersebut dapat pulang dengan selamat dan dapat pulang ke rumah masing-masing.

No comments