Whoscall : Aplikasi Android Yang Wajib Di Smartphone Anda - Terowong Informasi

Breaking News

Whoscall : Aplikasi Android Yang Wajib Di Smartphone Anda


Anda tentu pernah menerima panggilan yang anda tidak kenali. Kadang-kala, nak angkat panggilan tersebut jadi ragu-ragu. Bukan apa, takut yang telefon itu adalah telemarketing. Telemarketing merupakan salah satu panggilan kita tidak kenali yang kerap diterima. Bila sudah angkat, sudah pasti ia memakan masa untuk bercakap dengan petugas telemarketing tersebut.


Bro selalu menerima panggilan dari pelbagai pihak Insurance dan Customer Service terutama sekali adalah Aeon Credit. Jika anda peminjam dari Aeon Credit, anda akan sudah lali panggilan yang anda akan terima pada setiap 25hb sebelum tarikh akhir pembayaran. Jadi, apakah aplikasi yang boleh kita gunakan bagi mengekang atau mengetahui siapa memanggil ini?


Whoscall adalah aplikasi terbaik yang Bro gunakan setakat ini. Aplikasi ini adalah dari LINE Corporation and Gogolook Communication, syarikat yang mengeluarkan aplikasi LINE : Free Call and Massage. Apa yang menariknya aplikasi ini adalah, kita dapat mengesan siapakah yang membuat panggilan tersebut menerusi internet



Aplikasi itu akan cuba mengesan nombor yang diterima tersebut dan jika terdapat apa-apa aduan di internet, ia akan terpapar pada screen smartphone anda nanti. Jadi, anda boleh block nombor tersebut dengan serta merta. Menarik bukan? Jadi, anda bolehlah mencuba aplikasi ini. Ianya percuma dan sangat berguna. Nanti lepas ini, tidaklah anda digangu lagi.

Link Download : Google Play

No comments