Makcik Pakai Baju Bercorak Ayat Al-Quran - Terowong Informasi

Breaking News

Makcik Pakai Baju Bercorak Ayat Al-Quran



Cerita ini memang menjadi Viral di Facebook ketika ini. Ia menjadi lebih hangat kononnya seorang makcik berbangsa Cina memakai baju bercorakkan ayat suci Al-Quran ketika ditemui di Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang baru-baru ini. Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan Keyboard Worrior di laman sosial terutamanya Facebook. Bro ada menyiasat akan perkara ini untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Makcik yang dikatakan berbangsa Cina ini bukanlah beliau berbangsa cina malah beliau seorang pelancong Korea mengikut sumber dari Facebook seseorang.


 Dalam gambar tersebut terlihat seorang berbangsa Arab menegur makcik tersebut kerana menyalahi perbuatan memakai pakaian yang bertulis ayat Al Quran. Ada bagusnya lelaki Arab tersebut menegur beliau. Mungkin Makcik tersebut tidak tahu akan tulisan yang tercetak di baju beliau itu. Ia seumpama kita memakai baju bertulisan Jepun atau Korea, Anda tahu apa maksud yang tercatat di baju tesebut? Pasti kita tidak memikirkannya bukan. Pihak PDRM sudah mengetahui akan cerita ini. Biar mereka siasat terlebih dahulu.


Jadi apa yang boleh di beri kesimpulan dalam cerita ini, siasat terlebih dahulu sebelum menghentam sesuka hati. Jangan jadikan media sosial sebagai tempat menunjukkan kebodohan sendiri. Fikirkanlah.

No comments