PERKASA Buat Kutipan Untuk Kiki - Terowong Informasi

Breaking News

PERKASA Buat Kutipan Untuk Kiki



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.


Apa kejadah menolong orang yang mampu ini? Pada pendapat Bro, lebih baik buat kutipan untuk Palestin ke atau untuk anak-anak yatim yang lebih memerlukan. Jika untuk membantu kiki yang berkemampuan itu tiada gunanya. Dia bukan pakai kereta Datsun tetapi Peugeot beb. Jangan disebabkan untuk mendapat populariti dari Kiki itu, sanggup buat derma kilat ini.


No comments