Pelawak Veteran Maidin Ibrahim Meninggal Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Pelawak Veteran Maidin Ibrahim Meninggal Dunia


Maidin Ibrahim

ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi. 

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu, meninggalkan seorang balu, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu. 


Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth itu mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung. 

Allahyarham pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001.

Selain berlakon drama, Allahyarham juga popular menerusi filem Anak Mami dan sitkom Salam Pantai Timur.

No comments