Kertas Peperiksaan UPSR Bocor Buat Kali Kedua - Terowong Informasi

Breaking News

Kertas Peperiksaan UPSR Bocor Buat Kali Kedua



Baru-baru ini, terdapat berita mengenai kertas soalan UPSR bocor semasa ujian ini dijalankan di seluruh sekolah di Malaysia. Kertas ujian terbabit adalah kertas soalan Bahasa Inggeris dan Sains. Bagaimana kertas soalan ini boleh bocor?


Pada pandangan Bro, mungkin kerja orang dalam. Mereka sahaja yang tahu mengenai soalan-soalan peperiksaan UPSR walaupun ia adalah rahsia kepada umum. Kes-kes soalan bocor sebenar ada motif tersendiri. Mungkin ada motif menjaga reputasi Sekolah yang kononnya ingin menjadi sekolah terbaik di Malaysia. Setiap sekolah pasti ada cita-cita seperti ini tapi bukan semua sekolah ye.

Dalam kes ini, bro kesian kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR ini. Baru nak merdeka, dah mereka terpaksa menduduki peperiksaan ulangan hujung bulan ini. Jika anda terkena macam ini, pasti anda tidak puas hati bukan?

No comments