Seni Lukisan Di Sawah Padi Yang Unik - Terowong Informasi

Breaking News

Seni Lukisan Di Sawah Padi Yang Unik


Seni Kreatif Naruto

Terdapat satu seni kretif yang cukup unik iaitu dipanggil Tando Art. Ia adalah satu seni lukisan di sawah padi yang hanya terdapat di negara Jepun. Pada setiap musim panas sebuah pekan kecil, Inakatede di daerah Aomori akan dikunjungi oleh pelancong untuk menyaksikan transformasi sawah padi kepada sebuah karya seni. 

Pada tahun 1993, pekan kecil ini yang mempunyai penduduk sekitar 8,000 orang telah menghasilkan hasil seni yang menakjubkan dengan menggunakan sawah padi sebagai asas karya seni mereka. Ia juga menjadikan kawasan ini tumpuan pelancong jika pada musimnya. 4 jenis padi yang berlainan warna digunakan oleh petani dan ditanam mengikut posisi yang telah ditetapkan. Untuk menghasilkan karya seni itu seluas 15,000 kaki persegi digunakan



Sebelum karya seni tersebut dihasilkan, para petani di kawasan itu melakar hasil lukisan di dalam komputer untuk menentukan dimana dan bagaimana padi tersebut ditanam. Petani-petani ini memerlukan 6 minggu untuk menyiapkan setiap hasil karya berkenaan. Walaubagaimanapun, hasil seni ini tidak akan bertahan lama. Selepas padi tersebut dituai, para pelancong terpaksa menunggu hingga ke musim panas yang akan datang. 

Pada pendapat Bro, ia satu keunikkan luar biasa. Di Malaysia, negeri jelapang padi iaitu Perlis dan Kedah mempunyai sawah padi yang luas. Jika mereka meniru seni ini, pasti ia menjadi satu tarikkan pelancong untuk melihat seni ini. Kepada pembaca yang mempunyai sawah padi, apa kata anda cuba. Manalah tahu, ia boleh jadi sumber pandapatan.

No comments