Peristiwa Puting Beliung Pernah Terjadi Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Peristiwa Puting Beliung Pernah Terjadi Malaysia



Malaysia juga dilihat tidak ketinggalan untuk menerima kehadiran puting beliung sebagai salah satu fenomena alam yang agak unik di negara ini. Ia jarang berlaku tetapi jika ianya berlaku, ia tidak melibatkan kematian kerana puting beliung di negara ini tidak selaju seperti di Amerika Syarikat. Mungkin anda lupa akan kejadian yang pernah berlaku di negara ini dahulu. Apa kata, anda refresh kembali kejadian yang pernah berlaku di Malaysia ini.
Berikut adalah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia pada mutakhir ini:

  • Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut. Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.
  • Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung.
  • Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau PinangMalaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.
  • Puting beliung di Pendang, Kedah (14 Oktober 2014) - Berlaku di Kampung Alor Besar mengakibatkan 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan
  • Puting Beliung di Kampung Sungai Baru Tengah Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah ( 1 November 2014 )

No comments