Rene Higuita Penjaga Goal Paling Lagend - Terowong Informasi

Breaking News

Rene Higuita Penjaga Goal Paling Lagend


Lagend keeper

Penjaga goal, merupakan tugas paling sukar dalam permainan bola sepak kerana ia nadi dalam pasukan yang disertainya. Jika cekap penjaga goal tersebut maka kuatlah pasukan tersebut. Pada era 80an, nama Rene Higuita sering menjadi sebutan kerana corak permainan beliau yang sangat pelik.

Rene Higuita


Corak yang diterapkan dalam permainan beliau adalah menyerang ke hadapan. Semasa beliau beraksi dalam perlawanan bola sepak, pasti anda akan lihat kelibat beliau menyerang kubu lawan walaupun beliau hanya ditugaskan menjadi penjaga goal. Pernah beberapa kali beliau melakukan aksi yang luar biasa iaitu Scorpion Kick.  Boleh dikatakan, beliau sahaja di dunia ini mampu lakukan aksi seperti di dalam video yang bro sediakan ini. Belum pernah bro melihat penjaga goal keeper sekarang lakukan aksi ini yang datang menyerang dan meninggalkan gawang sendiri. Walaupun ia sangat berisiko, tindakkan Rene Higuita menjadikan beliau seorang lagend dalam dunia bola sepak.

Rene Higuita


Beliau memulakan karier bola sepak bersama kelab Millonarios dan membuat penampilan sebanyak 16 perlawanan 7 jaringan goal. Jaringan goal semusim paling tinggi beliau dapat semasa beraksi dengan kelab Independiente Medellin iaitu 11 goal dalam 20 penampilan dalam semusim. Jika melihat prestasi beliau bersama skuad kebangsaan Colombia, beliau membuat penampilan sebanyak 68 caps 3 goal dari tahun 1987-1999. Kelab terakhir beliau sebelum persaraan adalah bersama kelab Deportivo Pereira pada tahun 2008-2010.

Aksi Rene Higuita

No comments