SS Bubur Ayam Terbaik - Terowong Informasi

Breaking News

SS Bubur Ayam Terbaik




Jika di waktu sejuk atau ketika anda demam, bubur adalah makanan pilihan anda untuk mengalas perut yang lapar. Bubur walaupun ia makanan ringkas, ia boleh mengenyangkan anda dan kosnya amat murah. Bro mencadangkan satu bubur terbaik dan baru iaitu SS Bubur Ayam. SS bermaksud Shahrul Shiro dan beliau juga adalah pengasas SS Bubur Ayam ini.

SS Bubur Ayam


Bro telah cuba membelinya di kawasan rumah iaitu di kawasan perumahan Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Harga semangkuk bubur ini adalah RM3.50 sahaja. Murah dan rasanya sangat lazat. Ia seakan bubur Ayam McD jika anda merasakannya.

SS Shahrul Shiro


Rasa yang cukup dan kuantiti ayam yang banyak menjadikan ia pembelian yang berbaloi. Selain bubur, terdapat juga ayam goreng yang harganya cuma RM2.50 seketul. Tahap kebersihan gerai ini adalah terbaik dan pekerja staff mereka menitikberatkan kebersihan. Kepada yang ingin mencuba SS Bubur Ayam ini, Bro memang rekeman habis. Dari 5 bintang, bro bagi 4.5 bintang.

Facebook : SS Bubur Ayam

No comments