Saingan Jualan Smartphone Semakin Rancak - Terowong Informasi

Breaking News

Saingan Jualan Smartphone Semakin Rancak


Smartphone


Saban hari, kita pasti akan berita kemunculan model smartphone terbaru seperti Samsung S6, Samsung S6 Edge, Asus Zenphone 2 dan pelbagai lagi. Apa yang bro boleh nilaikan perkembangan ini adalah perlumbaan spesifikasi smartphone itu sendiri. Ramai pembeli kurang mahir tentang pembelian smartphone yang lebih gemar lihat dari segi rekaan yang cantik sahaja.

Zenphone 2

Sebenarnya, rekaan smartphone merupakan perkara kedua kita perlu lihat. Apa yang perlu kita lihat yang UTAMA adalah mengenai spesifikasinya seperti Processor, RAM, Ketahanan bateri, OS Andoid, pengecasan pantas dan kebolehan rakaman gambar dan video. Kenapa Bro kata begitu? Kita kalau boleh mahu menggunakan smartphone lebih dari setahun. Bergantung kepada kemampuan anda lah. Sekarang, perlumbaan RAM yang besar pada smartphone semakin terserlah. Contohnya Asus Zenphone 2 telah memperkenalkan RAM 4gb dan merupakan smartphone pertama yang mempunyai kuasa RAM yang besar. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan walaupun ia bukan jenama yang terkenal. Pada ketika itu, RAM 3gb sahaja yang ada dipasaran. Kalau tidak faham fungsi RAM, sila klik link di SINI.

China Smartphone


Smartphone kini sama sahaja seperti komputer PC atau laptop. Tiada yang membezakannya. Penggunaan smartphone di Malaysia sudah meluas walaupun di luar bandar kerana harga pasaran semakin murah dan lambakkan smartphone buatan China dipasaran Malaysia. Walaupun buatan China, ia bukan lagi jenama cap ayam bagi sesetengah orang. Jenama terkenal China seperti Huawei, Lenovo, Mi, OnePlusOne dan pelbagai lagi kini mendapat perhatian peminat smartphone.

Smartphone Terbaru Dari Lenovo

 

No comments