Video Kata Semangat Piya Sebelum Perlawanan Akhir Piala FA - Terowong Informasi

Breaking News

Video Kata Semangat Piya Sebelum Perlawanan Akhir Piala FA


Kapten Marvel

Mohd Badri Radzi atau Piya merupakan kapten bagi pasukan Kelantan. Beliau seorang yang berdedikasi di atas padang malah digeruni oleh pihak lawan. Baru-baru ini, perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan LionXII yang berkesudahan LionXII berjaya menundukkan Kelantan dengan jaringan Kelantan 1-3 LionXII.

Kelantan VS LionXII


Sebelum perlawanan, pasti semua rakan pasukan akan berkumpul untuk memberi kata semangat kepada semua pemain bagi memberi semangat di atas padang. Badri Radzi selaku kapten perlu memberi kata semangat dan kata-kata ini jarang kita lihat di kaca televisyen. Lihat sahaja video di bawah ini bagaimana seorang kapten memberi semangat. Memang kata-kata membakar semangat walaupun bro kurang faham dengan loghat Kelantan. Walaupun Kelantan tewas, mereka telah memberi saingan yang cukup baik dan bertenaga. Nasib sahaja menyebelahi mereka.



Kata Semangat Kelantan
Sedutan khas kata semangat pasukan Kelantan dari Piya sebelum perlawanan akhir Piala FA.Kredit: empunya video
Posted by Astro Arena Saluran 801 on Sunday, May 24, 2015

No comments