Lily - Drone Kamera Yang Wajib Anda Dapatkan - Terowong Informasi

Breaking News

Lily - Drone Kamera Yang Wajib Anda Dapatkan



Lily, sebuah drone kamera yang canggih dicipta kepada yang suka berselfie ataupun suka merakam aktiviti anda tanpa anda mengawalnya. Selalunya, drone yang dijual dipasaran, kita perlu mengawalnya sendiri. Jadi, jika kita mahu merakam aksi yang kita lakukan, terpaksalah kita minta bantuan rakan untuk mengawalnya.

Lily The Camera Follow You

Dengan penggunaan Lily, anda tidak perlu memikirnya lagi. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah baling drone tersebut ke udara dan ia akan berfungsi sendiri sambil merakam aktiviti anda. Ia akan mengikut anda ke mana sahaja. Untuk rakaman video, ia mampu merakam video berkualiti 1080p (HD), 120 fps slow mo dengan berkualiti 720p (HD) dan 12 MegaPixel bagi merakam gambar sahaja.

Lily Camera That Follow You

Dari segi teknikal Lily ini, ketinggian Lily boleh terbang secara maximum adalah setinggi 50 kaki manakala terbang minumum adalah 5 kaki dari paras anda berdiri. Kelajuan Lily ini boleh dicapai adalah 40km/h. Selain itu, Lily mempunyai keupayaan Digital Gimballing, image stabilizer dan fixed focus. Ketahanan bateri Lily hanya mampu terbang selama 20 minit sahaja. Drone ini boleh dikatakan kalis air dan tahan lasak. Cuba lihat video di bawah untuk mengetahui kehebatan Lily ini. Ia masih baru dilancarkan pada bulan May 2015 dan belum lagi memasuki pasaran Malaysia. Harga kemungkinan dipasaran mengikut kadar mata wang asing terkini adalah RM 2,736.01 tidak termasuk GST 6%.

 

1 comment

Unknown said...

Hai...saya nak tanya..drone ini sudah masuk dalam pasaran malaysia ke..