Perkampungan Unik Di Sudan - Terowong Informasi

Breaking News

Perkampungan Unik Di Sudan


Sudd, Sudan


Sudd, merupakan kawasan paya yang luas terletak di negara Sudan dan terbentuk dari sungai Nil. Kawasan ini melitupi paya dan tanah lembab terbesar di dunia. Saiz paya ini sentiasa berubah-ubah mengikut masa tertentu. Purata keluasan kawasan ini adalah berjumlah 30 000 km persegi tetapi jika di musim hujan, ia mampu berkeluasan 130 000 km persegi iaitu sama keluasan negara England.

Sudd
Sudd


Di kawasan paya yang luas ini, terdapat satu perkampungan unik di Sudan malah di dunia. Perkampungan ini didiami oleh kaum Nuer Nilotic Pastoral. Mereka mendiami kawasan paya ini dipercayai mudah mereka mencari makanan aquatik dan menajdi sumber rezeki mereka. Perkampungan ini seperti bertompok-tompk jika dilihat dari atas kerana mereka mendirikan rumah mereka di atas tanah lembab tersebut. Kawasan sekitar paya ini juga didiami beberapa haiwan seperti buaya dan badak air. Kampung ini dipercayai telah lama diduduki sejak zaman berzaman lagi.

No comments