Rekaan Konsep Duit Ringgit Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Rekaan Konsep Duit Ringgit Malaysia



Duit Ringgit Malaysia telah 4 kali bertukar rekaan dan kali terakhir adalah pada tahun 2012. Rekaan duit ringgit Malaysia ini akan membawa imej barangan ikon negara seperti Wau Bulan, KLCC, Keris, Petroleum, Burung Kenyalang dan macam-macam lagi.

RM 5


Seorang pereka grafik, Mu'az Muhammad telah memuatnaik ke laman Facebook beliau mengenai rekaan konsep Duit Ringgit yang dihasilkan. Beliau mereka lakaran ini sewaktu beliau menuntut di salah sebuah Universiti di Malaysia. Kini, beliau bekerja di Seniyati Studio.

RM 1000


Rekaan dalam gambar ini bukannya rekaan rasmi tetapi ianya hanyalah tugas sewaktu beliau menuntut di universiti. Apa yang menarik rekaan beliau ini adalah berkenaan wang kertas RM 1 secara potrait. Jarang kita melihat wang kertas dunia dicetak secara potrait. Semua rekaan duit ini adalah rekaan moden dicampurkan dengan rekaan tradisional. Jika rekaan ini mendapat persetujuan Bank Negara Malaysia, ia pasti mengambil masa yang lama untuk dicetak kepada umum. Pasti pelbagai prosedur yang diambil oleh Bank Negara untuk keselamatan.

No comments