Sebastian Fernández Dalam Radar Perpindahan JDT - Terowong Informasi

Breaking News

Sebastian Fernández Dalam Radar Perpindahan JDT




Sebastian Fernández, 25 tahun merupakan pemain dalam radar perpindahan ke kelab selatan tahah air, Johor Darul Ta'zim. Pemain muda ini dikatakan bakal menggantikan penyerang prolifik Luciano Figueroa yang akan bersara dalam musim hadapan.

JDT Target

Perkara ini telah dinyatakan dalam temubual bersama Penaung Di Raja Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini yang berhasrat mahu mendapatkan khidmat pemain ini tetapi Tunku perlu mencari dana sedikit kerana nilai pemain tersebut agak mahal. Mengikut nilai pemain ini sekarang adalah (600,000 Euro) RM2,509,253.23. Ia sangat mahal dan boleh menjadi pemain paling mahal dalam liga Malaysia musim hadapan.

Transfer Market Player


Jika Johor Darul Ta'zim mendapat pemain ini, ia cukup menarik kerana ia akan bergandingan dengan Jorge Pereyra Diaz yang kini dipinjamkan ke kelab gergasi Argentina, Indepediente untuk musim ini sahaja. Bagaimana corak pemain Sebastian Fernández yang kini bermain untuk Vancauver Whitecaps FC dalam saingan Major Soccer League (MLS), apa kata lihat video di bawah ini :

 

No comments