Xiaomi Smart Shoes Dilancarkan - Terowong Informasi

Breaking News

Xiaomi Smart Shoes Dilancarkan




Xiaomi, syarikat terbesar China telah mengeluarkan sesuatu yang baru iaitu Xiaomi Smart Shoes baru-baru ini di China. Xiaomi terkenal dengan barang yang dijual dengan harga mampu milik seperti gadget, power bank dan sebagainya. Kasut Pintar ini akan mula dijual pada 20 Julai nanti dipasaran China dengan harga yang berpatutan sebelum ia akan dipasarkan keseluruh dunia.

Xiaomi Smart Shoes


Smart Shoes ini dikatakan boleh memantau perkembangan semasa seperti langkah perjalanan, jumlah kilometer anda berlari dan juga jumlah kalori yang dibakar melalui smartphone ataupun pada smartband anda. Ia sangat sesuai untuk atlet kerana mahukan perkembangan apa yang mereka lakukan seharian. Harga jualan Smart Shoes ini di China adalah lingkungan 199Yuan (RM122) sepasang. Terdapat juga versi lain yang dijual dengan harga 399 Yuan(RM244) sepasang. Untuk pengetahuan anda, Smart Shoes Xiaomi ini bekerjasama dengan Li-Ning iaitu syarikat barangan sukan terbesar di China.


No comments