Klip Rambut Tunas Pokok Di Kepala Jadi Trend Di Beijing
Terdapat satu trend terbaru yang melanda masyarakat di Beijing, China iaitu memakai klip rambut berbentuk tunas pokok di kepada. Trend ini menjadi ikutan tidak kira golongan muda dan tua. Jika anda ke Beijing ketika ini, pasti anda akan melihatnya ketika anda bersiar-siar di sana.
Klip rambut ini mempunyai pelbagai jenis tetapi klip berbentuk tunas pokok dan bunga matahari yang menjadi pilihan masyarakat. Walaupun nampak pelik apabila ada sesuatu di kepala, ia tidak menjadi bahan gelak tetapi menjadi ikutan pula.
Jika klip ini telah masuk ke pasaran Malaysia, adakah ia akan menjadi ikutan atau trend dikalangan anak muda di sini nanti? Kita lihat sahaja nanti.
No comments
Post a Comment