Masalah Ekonomi Negara Rakyat Tempias - Terowong Informasi

Breaking News

Masalah Ekonomi Negara Rakyat Tempias



Masalah ekonomi merupakan masalah yang amat besar terutamanya rakyat jelata. Sekarang, apa yang rakyat lihat adalah kadar mata wang Ringgit semakin jatuh ke paras kritikal. Nilai mata wang kita semakin mengecil berbanding sebelum ini.

Ekonomi

Kenapa Bro sibuk pasal mata wang? Kebanyakan syarikat di Malaysia banyak membeli barang dari luar negara sebagai contohnya di negara China, Jepun dan USA. Dalam urusan jual beli pasti akan menggunakan matawang USD. Dengan ini, kos membeli barang dari luar negara semakin meningkat kos tersebut. Syarikat bro bekerja sekarang banyak berususan dengan pengedar di Jepun dan nampak kos membeli peralatan di sana semakin tinggi.

GST

Cukai barangan atau GST yang dikenakan sesetengah barangan juga penyebab kos pembelian semakin tinggi. Walaupun ia 6% tetapi ia merupakan kos sangat mahal apabila kita membeli barangan lebih dari RM1,000.00. Dengan kenaikan harga barangan dan kadar matawang semakin meruncing, banyak syarikat mula mengecilkan perniagaan mereka dan membuang sebilangan pekerja bagi mengurangkan kos operasi. Syarikat akan mula mencari pekerja yang menawarkan gaji rendah berbanding dengan gaji tinggi yang diminta.

Peluang Pekerjaan

Lihatlah jawatan kosong di akhbar, Jobstreet atau sebagainya, kerja kosong memang banyak tetapi sukar mendapat perhatian majikan jika anda meminta gaji seperti anda sekarang atau minta gaji lebih dari sekarang. Ia merupakan tempias kepada rakyat atas permasalahan ekonomi melanda negara ketika ini. Tiada benefit langsung atas nilai matawang kita semakin rendah ini.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mencari jalan bagaimana menambahkan pendapatan bulanan dan bukannya kita bising-bising dalam laman sosial. Kerajaan tidak anda membantu anda jika dalam kesusahan tetapi anda perlu bantu diri anda sendiri bagaimana menstabilkan kewangan. Dengan lakukan 'part time' cara jalan penyelesaiannya. Insyaallah anda boleh lakukannya.


No comments