Enam Terbunuh Dirempuh Kereta Rally - Terowong Informasi

Breaking News

Enam Terbunuh Dirempuh Kereta Rally


Rally Spain

Madrid: Enam orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh apabila sebuah kereta perlumbaan rali terbabas dan merempuh penonton di tepi jalan di utara Sepanyol, hari ini.
Rakaman video yang disiarkan televisyen Sepanyol menunjukkan debu tebal berterbangan apabila kereta berkenaan, Peugeot 206 XS, merempuh pokok di tepi jalan di bandar Carral ketika perlumbaan Coruna Rally.

Rally Spain

"Sebuah kereta dalam rali itu terbabas dan merempuh penonton di satu selekoh.
“Kami mengesahkan enam terbunuh iaitu empat wanita dan dua lelaki. Seorang wanita itu sedang hamil,” kata jurucakap polis.

Menurutnya, 20 lagi penonton yang cedera dibawa ke hospital dengan dua cedera parah dan pemandu kereta berkenaan tidak cedera.
Polis sedang menyiasat punca kejadian dan rali berkenaan digantung serta-merta. - AFP


No comments