Gadis Cilik Menari Zumba Walaupun Menderita Penyakit Ganjil
Jika anda melihat susuk badan kanak-kanak cilik ini, ia kelihatan seperti kanak-kanak yang lain tetapi sebenarnya, beliau menghidapi satu penyakit ganjil yang dialaminya. Audery Nethery, yang kini berusia 6 tahun mengalami penyakit ganjil iaitu penyakit Diamond Blackfarn iaitu satu sindrom yang membuat tulang di dalam tubuhnya tidak boleh menghasilkan sel darah merah.
Walaupun mengalami penyakit tersebut, ia bukan penghalang beliau melakukan aktiviti yang aktif seperti Zumba. Sebuah video yang memaparkan aksi Audrey melakukan Zumba telah menjadi viral di laman sosial dan telah ditonton 2 juta orang setakat ini. Aksinya tidak menunjukkan beliau sedang sakit tetapi kekuatan yang ada di dalam jiwanya membuatkan penonton tersentuh dengan aksinya. Bro harap beliau cepat sembuh seperti kanak-kanak yang lain.
No comments
Post a Comment