Kehidupan Pemain Bola Sepak Cristiano Ronaldo Difilemkan - Terowong Informasi

Breaking News

Kehidupan Pemain Bola Sepak Cristiano Ronaldo Difilemkan


Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, pemain yang cukup terkenal dalam arena bola sepak pada masa kini. Ketangkasan, bijak di dalam padang dan skill menakjubkan menjadikan nama beliau gah di persada dunia. Pemain tengah Real Madrid ini mempunyai pengikut tersendiri di alam maya tetapi ada juga yang tidak suka beliau kerana lagak beliau di atas padang. Bro cukup tabik pemain ini kerana banyak membantu saudara islam kita di palestine walaupun beliau bukanlah penganut islam. Itu yang bro respect.

Cristiano Ronaldo Movie

Kini, kehidupan Cristiano Ronaldo telah difilemkan dan akan ditayangkan pada 9 November di seluruh dunia. Peminat beliau pasti ingin mengetahui bagaimana beliau mencipta nama dalam arena bola sepak sehinggakan beliau pernah dinobatkan pemain terbaik dunia. Mungkin satu hari nanti, beliau akan menjadi lagenda bola sepak yang disegani. Diharap, kewujudan filem ini dapat menaikan semangat pemain negara meniru bagaimana beliau belajar memperbaiki diri dan memajukan hidup sebagai pemain bola sepak profesional.

 

No comments