Kejadian Sebenar Di Jalan Kuching Pagi Tadi - Terowong Informasi

Breaking News

Kejadian Sebenar Di Jalan Kuching Pagi Tadi


Jalan Kuching

Seorang pemandu van berumur 47 tahun van patah kaki dan mengalami gegaran otak manakala seorang penunggang motosikal berusia 27 tahun patah tangan serta luka di kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, pagi tadi.

Kemalangan Jalan Kuching

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai dipandu laju gagal mengawal kenderaannya dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah van.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, perlanggaran itu turut membabitkan tiga buah motosikal yang kebetulan berada di belakang van berkenaan.

Kemalangan Jalan Kuching


Menurutnya, tiga mangsa iaitu pemandu van, dua penunggang motosikal sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala polis masih mengesan dua lagi penunggang motosikal lain bagi membantu siasatan.

"Van mengalami kebakaran kecil namun api berjaya dipadam anggota bomba yang berada di lokasi kejadian.

"Pemandu Honda Civic terbabit tidak dapat dikesan dan kenderaan terbabit didaftarkan di atas nama sebuah syarikat," katanya.

Nadzri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, berita yang tersebar di media sosial mengatakan sebuah jejambat di laluan berkenaan runtuh ekoran insiden terbabit adalah tidak benar.

Kemalangan terbabit turut mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang lebih 10 kilometer (km) sehingga jam 11 pagi tadi.-HMetro





Kemalangan Di Jalan Kuching Pagi Tadi
Sebuah van dirempuh kereta Honda dari arah bertentangan di Jalan Kuching. Orang ramai cuba menghulurkan bantuan menyelamatkan mangsa dalam van.MORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on Wednesday, September 2, 2015

No comments