Khasiat Ulam Pegaga Yang Anda Tidak Tahu - Terowong Informasi

Breaking News

Khasiat Ulam Pegaga Yang Anda Tidak Tahu


Khasiat Daun Pegaga

Pegaga atau nama sainstifiknya Centella Asiatica adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat yang kita tidak tahu. Pegaga ini selalunya kita buat ulam dalam penyediaan makanan tetapi ia juga dijadikan ubat tradisional. Ia merupakan tumbuhan menjalar, tumbuh di tempat yang lembab dan redup.

Khasiat Daun Pegaga

Di Malaysia, pegaga tidak asing lagi bagi masyarakat di sini tidak kira bangsa melayu, cina dan india. Bagi masyarakat melayu, pegaga dimakan secara segar untuk dijadikan ulam manakala bagi kaum cina, ia digunakan sebagai minuman penyejuk badan. Bagi bangsa india pula, mereka gunakan sebagai tonik untuk kecergasan minda. Pelbagai cara kita boleh gunakan dari khasiat daun pegaga ini.

Dari segi kesihatan, pegaga boleh digunakan secara tradisional seperti :


  • Mengubat luka atau ulser kulit
  • Mengubat penyakit kusta
  • Dipercayai boleh melambatkan kulit berkedut
  • Menyembuhkan demam
  • Melancarkan pengaliran darah dalam badan
Itu adalah sebilangan yang Bro boleh sampaikan. Banyak lagi khasiat yang ada pada Pegaga ini. Untuk kaum wanita, ia boleh digunakan sebagai :

1. Serikan Wajah

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

2. Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut. Insyaallah, berjaya nanti.

3. Hilangkan Bintik-Bintik Hitam Pada Wajah

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.


Diharap informasi ini bermanfaat kepada semua pembaca. Jika ada cadangan lain atau komen, bolehlah kirimkan pada kotak komen di bawah ini.




No comments