Remaja Korea Raih Pendapatan RM6K Sehari - Terowong Informasi

Breaking News

Remaja Korea Raih Pendapatan RM6K Sehari


Kim Sung-Jin

Seorang remaja dari Korea menraih pendapatan RM6K sehari dengan hanya makan di depan kamera sahaja untuk tatapan umum di seluruh dunia melalui Youtube. Setiap malam, Kim Sung-Jin, 14, akan memesan makanan seperti pizza, ayam goreng atau masakan korea untuk dimakan di bilik tidurnya.

Kim Sung-Jin

Ia merupakan rutin harian beliau sejak berusia 11 tahun untuk merakam apa yang beliau makan dan dimuat naik ke dalam Youtube. Tahukah anda, rakaman beliau makan ini dilihat oleh puluhan ribu orang yang menontonnya. Kerana mendapat tontonan ramai, beliau pernah mendapat pendapatan sebanyak RM7K sehari hasil aktiviti ini.

Afreeca TV

Selain di Youtube, Kim yang dikenali juga sebagai Patoo merupakan selebriti maya termuda di Global Afreeca TV. Ia merupakan satu aplikasi rakaman Live Streaming yang cukup popular di Korea dan ia merupakan sebahagian budaya online oleh remaja di sana. Jadi, tidak hairan mengapa beliau mendapat tontonan begitu ramai. Kepada yang belum mengetahui Global Afreeca TV, boleh lihat pada link yang disediakan.

Laman Afreeca TV : http://www.afreeca.tv/

No comments