Ibu Bapa Zaman Sekarang Manjakan Anak - Terowong Informasi

Breaking News

Ibu Bapa Zaman Sekarang Manjakan Anak

Anak Manja

Tak boleh kotor, jangan pukul anak dan macam-macam lagi yang biasa kita dengar dan lihat dalam komen yang dikeluarkan oleh nitizen di laman blog. Yang mendapat perhatian bro adalah mengenai komen yang menyentuh perhimpunan murid darjah 1 di kawasan lapang yang berlantaikan tar yang dikatakan kotor. Adakah nitizen tersebut tidak pernah lalui zaman sekolah pada waktu dulu? Adakah beliau seorang anak manja semasa kecil dahulu?

Perhimpunan Sekolah

Setiap hari isnin, kebiasaannya perhimpunan sekolah pasti akan diadakan di setiap sekolah di Malaysia. Tidak kira sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Masa yang diambil biasanya dalam setengah jam untuk sesi taklimat sebelum pembelajaran bermula. Jika terlalu lama, pasti para pelajar dibenarkan duduk tetapi di lantai beralaskan jalan tar. Itu biasa bagi bro tetapi ibu bapa zaman sekarang seakan berang bila anak sendiri duduk di jalan tar ini yang dikatakan kotor dan tidak boleh dibawa sembahyang.

Perhimpunan Sekolah 2016

Masalah tersebut sebenarnya perkara kecil sahaja dan boleh diatasi dengan mudah. Bawa kain pelikat atau seluar panjang dari rumah dan gunakanlah. Disebabkan banyak sangat komplen, terdapat beberapa sekolah menyediakan bangku kecil untuk setiap murid untuk digunakan semasa perhimpunan. Didikan manja ini mula diajar dan pasti akan menyusahkan kemudian hari. Dari segi kos juga mainkan peranan. Jangan satu hari nanti anak anda jijik nak pijak padang rumput kerana takutkan kotor.

Hari Sukan

Pada zaman bro sekolah dahulu, bro tidak dididik dengan begitu manja seperti ini. Perlu berdikari dan usaha sendiri untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan bukannya mengharapkan sesorang. Jika bro dimanjakan terlalu sangat, pasti bro bukan seperti sekarang. Bermanja bukan bermakna tidak boleh tetapi perlu dihadkan. Bukan apa, takut satu hari nanti anak sendiri memberontak kerana tidak dapat apa yang mereka hajati. Ingatan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa, didiklah anak anda sebaik mungkin. Kita memang sayangkan mereka tapi bukan bermakna kita perlu manjakan mereka. Ajar mereka dengan cara berdisiplin dan adab supaya mereka menghormati kita diwaktu kita tua nanti..



No comments