Restoran Kari Kambing 40 hari Sedap? - Terowong Informasi

Breaking News

Restoran Kari Kambing 40 hari Sedap?


Kari Kambing 40 Hari

Lama blog ini menyepikan diri dan kini, bro kembali dengan berkongsikan beberapa cerita baru dan semestinya berinformasi. Minggu lepas, Bro Nasa ada singgah satu restoran yang cukup terkenal bagi kalangan penggemar daging kambing iaitu Restoran Kari Kambing 40 hari yang terletak di jalan lama Yong Peng, Johor. Restoran ini betul-betul berhadapan dengan Lebuhraya Utara Selatan dan anda boleh nampak kelibat restoran ini jika anda melalui lebuhraya tersebut. Adakah restoran Kari kambing 40 hari ini sedap atau tidak? Mari teruskan membaca.

Kari Kambing 40 Hari

Nama Kari Kambing 40 hari, sudah gah di Johor, dan juga terkenal kepada warga Singapura yang suka cari makan ditempat menarik di Johor ini. Walaupun restoran ini boleh dikatakan jauh dari Johor bahru, ia tetap menjadi destinasi menarik untuk dikunjungi bagi penggemar kambing. Di sini, cara penyediaan nasi arab mereka adalah dengan cara makan dalam dulang ataupun boleh pilih makan di pinggang sahaja. Semasa bro ke sana, kami dicadangkan oleh pengunjung di sana makan dalam dulang. Bila makan, rasa macam di majlis Maulidur Rasul pula sebab makan dalam dulang. haha

Kari Kambing 40 Hari

Pada pandangan Bro mengenai menu utama di restoran ini, ianya biasa sahaja bagi bro. Nasi arab yang ditonjolkan tidak sama seperti nasi arab yang bro makan di tempat lain. Rasa makanan di sini sama seperti nasi kenduri kahwin. Dari segi nasi hinggalah ke lauk yang disediakan sama seperti nasi kenduri kawin. Mungkin citarasa setiap orang pasti lain dan tidak sama. Dari segi layanan, agak hampa sedikit tetapi service sangat cepat. Harga masih boleh dikatakan agak berpatutkan. Sedulang nasi arab berlaukan kari kambing / ayam adalah RM45 sedulang manakala bagi kiraan 1 pinggan dalam RM12 sepinggan. Selain nasi arab, terdapat juga roti canai dan nasi lemak. Jadi, kepada yang ingin mencuba nasi arab di Restoran Kari Kambing 40 hari ini, bolehlah mencubanya. Mungkin anda meminati nasi arab di sini.

Alamat Lokasi Restoran :

Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kampung Haji Ghaffar,
Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng,
Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi :

Setiap Hari 
7:30am - 3.00pm

2 comments

travelog asz said...

sedapnya kambing..... boleh try ni kalau singgaj johor

Terowong Informasi said...

tryla..selera masing2x... huhu