Zara's Tea & Coffee Puncak Jalil Antara Terbaik - Terowong Informasi

Breaking News

Zara's Tea & Coffee Puncak Jalil Antara Terbaik


Zara's Tea & Coffee Puncak Jalil

Bro merupakan seorang peminat tegar kopi dan teh. Di cuaca panas yang melanda negara sekarang, minuman sejuk pasti menjadi pilihan utama bro dan rakyat Malaysia. Di kawasan perumahan Bro, terdapat satu warong yang menjual minuman kopi dan teh yang sedap dan murah iaitu Zara's Tea & Coffee yang terletak di Taman Puncak Jalil.

Zara's Tea & Coffee Puncak Jalil

Pemilik warong ini seorang yang peramah dengan pelanggan dan layanan sangat terbaik. Antara menu yang ada di warong ini adalah Chocolate, Espresso, Latte, Tea, Green Tea, Honeydew dan macam-macam lagi. Bagi pilihan bro jika ke warong ini adalah Espresso dan Chocolate. Ia tidak terlalu manis bila diminum malah harganya sangat murah berbanding di tempat lain iaitu RM4.00 sebungkus / cawan besar. Kalau yang tidak minum minuman sejuk, yang panas juga ada.

Zara's Tea & Coffee Puncak Jalil

Jika mahu ke warong ini, ia berdepan dengan Restoran Rasa Kampung dan juga kedai aksesori kereta yang terletak di Jalan PUJ 3/9. Jangan tunggu lama, sesiapa yang berdekatan bolehlah serbu selagi stock masih ada.

Fans Page Zara's Tea & Coffee
https://www.facebook.com/Zaras-Tea-Coffee-395650383977698/timeline?ref=page_internal



No comments