Khasiat Daun Kesum Yang Anda Perlu Tahu - Terowong Informasi

Breaking News

Khasiat Daun Kesum Yang Anda Perlu Tahu


Khasiat Daun Kesum

Penggunaan daun kesum selalunya digunakan dalam masakan. Antara masakan popular yang menggunakan daun kesum adalah Asam Pedas dan Laksa. Daun kesum mempunyai satu aroma yang menarik dan menambahkan rasa dalam masakan tersebut. Tahukah anda, Daun kesum mempunyai khasiat yang tinggi kepada manusia?

Khasiat Daun Kesum

Daun kesum atau nama spesifiknya Polygonum Minus mudah didapati di asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan beberapa di negara Asean yang lain. Tumbuhan liar ini mudah hidup di kawasan yang lembab seperti tepi kolam, tepi parit dan ada juga dikawasan keliling rumah kampung.

Khasiat Daun Kesum

Bercerita mengenai khasiat yang ada pada daun kesum ini adalah ia boleh dijadikan air rebusan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin bagi kaum wanita. Selain dari segi perubatan, daun kesum juga boleh dijadikan sebagai bahan wangian dan perisa tetapi ia tidak popular dalam penggunaanya selain dari masakan. Institut Biologi Sistem (UKM) telah membuat pewangi tersebut dan dipercayai mampunyai mampu mencegah kanser terhadap manusia dan ia masih dalam peringkat kajian. Itu sahaja informasi yang dapat disampaikan dan di harap pembaca dapat satu ilmu yang baru dipelajari.


No comments