Nazmi Faiz Bukan Pemain Profesional? - Terowong Informasi

Breaking News

Nazmi Faiz Bukan Pemain Profesional?


Nazmi Faiz

Sudah 2 hari bro perasan mengenai Nazmi Faiz dalam berita sukan yang mengatakan beliau tidak profesional dan disiplin yang amat teruk di atas padang. Pemain yang berusia 22 tahun yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur ini pernah dilabel sebagai "wonderkid Malaysia".

Meskipun beliau masih muda, beliau boleh dikategorikan sebagai pemain panas baran dan kerap dilayangkan kuning dan juga merah. Ia amat mendukacitakan kepada peminat bola sepak Malaysia kerana bakat beliau habis macam begitu sahaja. Nama beliau melonjak ketika beraksi bersama skuad Ong Kim Swee dan berjaya membuat rembatan yang cantik ketika perlawanan kelayakan piala asia beberapa tahun lalu.

Nazmi Faiz

Pernah disunting kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar setengah musim sahaja dan kembali ke Malaysia atas faktor 'homesick'. Sejak beliau kembali ke Malaysia, prestasi beliau semakin merundum dan kian panas baran ketika di atas padang. Beliau masih belum terlambat untuk menyelamatkan karier beliau sebagai pemain bola sepak tetapi beliau perlu mengubah pendirian dan tingkatkan prestasi demi menyelamatkan kerjaya beliau.

No comments