Tangisan Gembira Seorang Jurulatih - Terowong Informasi

Breaking News

Tangisan Gembira Seorang Jurulatih

Mario Gomez

Dalam ramai-ramai yang hadir di Stadium Shah Alam dan bersama meraikan kejayaan JDT merangkul juara Piala FA, jangan dilupa insan ini iaitu Mario Gomez.

Sebagai jurulatih, beliau pasti sentiasa dalam tekanan untuk memenuhi keinginan pihak pengurusan dan peminat yang sentiasa inginkan kemenangan. Perancangan taktikal perlu sentiasa disediakan bagi setiap perlawanan. Jika seri, perlu menghadapi tuntutan penjelasan dari pihak pengurusan apatah lagi jika kalah.
Mungkin kegembiraan beliau tidak seperti kegembiraan pemainnya mendakap piala. Kepuasan dan kegembiraan seorang jurulatih itu hadir apabila melihat airmata kejayaan mengalir dari anak didiknya dan sambutan penyokong diseluruh stadium.
Dengan 4 piala sejak menyertai JDT tahun lepas - Piala Liga Super 2015, Piala AFC 2015, Piala Sumbangsih 2016 dan Piala FA disumbangkan, siapa yang boleh menidakkan kehebatan beliau?
Mungkinkah beliau akan menjadi lagenda jurulatih kelab Johor Darul Takzim pada masa akan datang?


Sumber : Johor Football Area

No comments